Friday, May 24, 2013

Mimpi itu Erti penghijrahanku .



When they trying to talk about me the bad things .  Fasobrun jameel D , biarkan mereka teruskan katakata itu ,  Mungkin diorang nak transfer pahala diorang dekat awak . Hihi , Keep strong dear self . 
Mungkin ini salah satu cubaan yang Allah bagi , remember D , Allah takkan uji kalau ujian itu diluar kemampuan hamba-Nya . Cepat D sujud syukur , haha . Itu kan tanda Allah sayang . 

Titian penghijrahan yang perlu aku lalui kadang kadang aku terhenti di tengah titian itu , kadang-kadang aku terdetik dihati untuk patah balik dari meneruskan perjalanan . Tapi aku segera beristigfar , lalu aku melihat kebawah titian tersebut , wujudnya sebatang sungai yang harus aku menyeberangi , Aku melihat air sungai itu amat kotor seperti air tanah berwarna perang kehitaman . Dari sudut lain , aku melihat persekitarannya yang agak seperti di padang pasir . tiada satu pun tumbuhan semula jadi . Aku melihat kebawah lagi , aku mula menitiskan air mata apabila melihat ikan-ikan di sungai itu kebanyyakkan telah mati tidak bernyawa . Aku berfikir tanpa fikiran yang pasti , Aku masih meneruskan perjalananku hingga pengakhiran titian itu , Tanpa aku sedari , air yang keruh dan kotor itu menjadi kering kontang . Tiada setitik pun air disitu . Aku tertanya-tanya apakah yang berlaku sepanjang perjalananku di atas titian itu , tetapi tidak muncul satu jawapan kepastian buatku . 

Aku merenung jauh sudut sungai itu , kelihatan seperti ombak deras yang mengalir disepanjang sungai itu , Aku mula menutup mata , terasa kaki aku didalam air yang dingin terus aku membukakan mata . Subhanallah :') Air yang cukup indah , warna kebiruan jenih hingga aku dapat melihat ikan yang berlumba berenang didalam air yang sejuk itu . warnanya seperti di Sabar ocean sea , tempat scuba diving . warnanya seperti baby blue mix blue turqous . *dapat imagine tak?* Aku mula terdetik dihati , inilah kebesaran Allah S.W.T yang tidak dapat manusia fikir bagaimana kewujudannya . Subhanallah walhamdulillah walaillahailallah wallahu Akhbar :')

Lalu aku mentafsir sendiri jawapan daripada mimpi aku diatas , Mungkin Allah nak tunjukkan apa yang berlaku sepanjang kehidupan sebagai manusia , yang jauh terpesong dan ingin berhijrah kearah jalan yang diRedhai Allah S.W.T . Apabila manusia bertaubat dan kembali kejalan yang benar , Allah memberikan 1001 kebaikkan dan keindahan serta keistimewaan sebagai seorang Islam yang ingin menempah sebuah mahligai di jannah firdausi . Lihatlah Allah maha Kaya , memberikan dunia yang cantik kepada Manusia . Namun Allah tidak minta apapa daripada hambaNya , Allah cuma inginkan manusia berkongsi rasa hati dan bersujud kepada-Nya . 

Ya akhi wa ukhti , bukan niatku untuk berbesar hati , riak apatah lagi takabur , bukan niatku untuk meminta simpati dan kebanggaan dari akhi ukhti . Niatku untuk motivasikan diri sendiri dan berkongsi bersama seluruh muslim . Bukan niatku untuk memberitahu bahawa aku mendapat mimpi yang baik , Sungguh niatku cuma Lillahi Ta'ala . Maaf andai diri ini tidak dapat menjadi seperti khalifah-khalifah Allah kerana aku manusia pendosa . Iini akhafullah .  Jazakallah khoir .Syukran jazeelan khairon kathiro' ya akhi wa ukhti . have a big smile on your face , its can chage the world . ;) 
Salam A'laik . 


                                              Sincerely , 
                                                     Nadiaa

The End of the STORY , Thanks for Reading